Kami menjalankan kerjasama yang kuat bersama El Suffah dan DarSa, bertekad untuk memacu ekonomi ummah ke puncak kejayaan. Ayuh bersama kita memperkasakan ekonomi umat Islam demi masa depan gemilang. Setiap bahagian korban yang dilaksanakan dapat membantu banyak pihak. Infaq anda buat Madrasah juga sangat bermakna.
Ibadat korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidiladha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah.
Syarat melaksanakan ibadah korban adalah seperti berikut:
– Beragama Islam
– Baligh
– Berakal
– Berkemampuan
– Merdeka
Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH — iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya
Korban wajib seperti:
– Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.
– Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
– Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.
Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh si mati.